14 December 2014

Di antara T. Adnan, Khairudin Abu Hasan dan perjuangan UMNO

UMNO menjadi defensif apabila Datuk Paduka Khairudin Abu Hasan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan membuat laporan Polis terhadap 1MDB tiga hari yang lepas. Setiausaha Agung nya T. Adnan Mansor telah membuat kenyataan meminta Khairudin menarik balik laporan polis yang beliau buat di Kuala Lumpur tiga hari yang lepas.

Tengku Adnan menyatakan itu bukan pendirian parti tetapi pendirian individu seperti Khairudin yang tidak faham tentang perjuangan parti. Apa yang beliau (T Adnan) faham tentang perjuangan parti pun saya tidak tahu. Bagi saya Khairudin adalah lebih mentaati perjuangan parti yang tidak mahu UMNO  dan pemimpinnya melakukan kerja yang beliau ‘suspect’ sebagai kerja terkutuk itu, iaitu menjadikan 1MDB sebagai landasan untuk beberapa individu mengaut kepentingan peribadi dalam skala yang besar.

Tentu nya tindakan Khairudin itu adalah untuk membersihkan kerajaan yang dipimpin UMNO untuk tidak dipersoalkan integritinya dan itu pun yang setiap ahli UMNO patut lakukan untuk membersihkan UMNO itu dari imej buruk dan melalui proses kereputan yang tidak dapat diubati. Jika UMNO bertindak terhadap ahli nya yang mahukan isu ini dibersihkan, maka parti itu dengan sendiri serta sekali gus dianggap seperti parti yang cuba menutup perlakuan dan tindakan salah kerajaan rakyat ini.

Jika Tengku Adnan benar dengan perjuangannya beliau tidak perlu merasa takut jika 1MDB tidak melakukan kesalahan. Setiausaha Agung UMNO itu tidak perlu menyalahkan orang lain kononnya terpengaruh dengan pembangkang dan pihak-pihak lain. Berani kerana benar dan takut kerana bersalah.

Tidak guna Adnan menuduh pembangkang mempengaruhi Khairudin, kerana isu 1MDB ini sudah terbongkar banyak perkara dan adalah lebih baik dibuka segala apa yang dilakukan oleh 1MDB ini yang wujudnya dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Tetapi elok kita bertanya kepada Adnan ini, apa dia perjuangan parti UMNO itu jika beliau benar-benar tahu dan faham tentang perjuangan partinya yang beliau sertai pada tahun 1984 dahulu itu? Sudah lebih sepuluh tahun saya tidak bertemu dengan bekas rakan saya ini.

Semasa kali terakhir saya bertemu dengan beliau secara peribadinya saya belum nampak semasa itu beliau sudah memahami apa itu UMNO dan perjuangannya. Beliau hanyalah seorang ‘social climber’ yang gigih dan UMNO lah tempat yang mudah baginya untuk berjaya dalam ‘social climbing’ nya itu. Saya tidak menyalahkan usaha beliau itu tetapi beliau bukanlah pejuang UMNO.

Beliau sama sahaja dengan ramai pemimpin yang lain dalam UMNO sekarang ini yang sudah hilang sisek-sisek perjuangan parti itu. Politik beliau itu hanya mengikut resmi air, dimana lekok di situ beliau berhenti.

4 comments:

bat8 said...

Bro Aspan

Apa yang dibuat oleh Dato Khairudin patut kita sokong. Kita tak tahu niat dan tujuan didalam hati dia buat laporan polis itu.

Mungkin ramai sudah lupa dan tidak tahu siapa Dato Khairudin Abu hassan. Khairudin Abu Hassan mula terkenal apabila dia dan Umi Hafilda terlibat didalam kes liwat 1 dulu. Mamat ni hari2 keluar paper.

Mamat ni juga adalah sepupu Anwar Ibrahim. Lepas kes liwat 1 dulu, mamat ni menghilang dan hanya s3kali dua sahaja keluar paper.

Tindakan beliau buat laporan polis itu kita sambut baik. Dengan s3jarah lampau dia, kita tengok adakah laporan polis itu keperihatinan g3nuine terhadap 1MDB àtau hanya gimik politik. Maklumlah dizaman ekonomi yang tenat sekarang, banyak buaya-buaya kelaparan dok meroyan.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Bukan setakat 1MDB saja perlu dibongkar.Apa dah jadi dengan kisah kapal selam.Ada orang dah sapu duit tapi yang dah mati pun ada, tetapi tiada siapa pun ditangkap membunuh Altantuya.Pelik-pelik.

Anonymous said...

Khairuddin Hassan adalah rakan sekelas saya dari tahun 1975 hingga 1977 di Bukit Mertajam High School dan kami duduk bersebelahan dalam kelas. Di Uitm beliau mengambil jurusan Sebaran Am dan saya jurusan Perancang Bandar. Dia sekarang orang terbilang dan saya orang berbilang-bilang tak terkira.

Anonymous said...

Nak tau kenapa Tengku Adnan gelabah, baca artikel dari The STAR bawah ni dan tanya siapa tuan punya TADMAX.. bukan Azim Zabidi ya.

PETALING JAYA: Government-linked company 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has bought a 310-acre land in Pulau Indah from Tadmax Resources Bhd for RM317.3mil, or RM23.50 per sq ft.

This is the first plot of land that 1MDB is acquiring from the private sector, given that it had earlier obtained two strategically-located plots in the city via direct negotiations with the Government.

In a filing with Bursa Malaysia, Tadmax Resources, formerly known as Wijaya Baru Global Bhd, said that the deal was done via its wholly-owned subsidiary, Tadmax Power Sdn Bhd, which sold the land to Ivory Merge Sdn Bhd. The latter is a wholly-owned subsidiary of 1MDB Real Estate Sdn Bhd, which in turn is a wholly-owned subsidiary of 1MDB.

The leasehold flat land at Lot 72779 is located in Klang, Selangor. With 82 years to run its course before expiring in 2096, the land is located within a larger plot measuring 381 acres adjoining the Port Klang Free Zone (PKFZ) mega transhipment hub.

1MDB is buying 310 acres of this plot.

With this purchase in Pulau Indah, IMDB comes in second to A&M Realty Bhd in terms of land bank in the area. A&M Realty is developing the Amverton Cove Golf & Island Resort, a 2,000-acre project worth RM10bil in Carey Island, south of Port Klang.

There are several reasons why this land deal is expected to generate interest.

In 2010, the Government injected two strategically-located plots of land of considerable sizes in the city into the GLC via subsidiary 1MDB Real Estate.

Then known as Sg Besi Airport, the 495-acre plot was renamed Bandar Malaysia. The second parcel, located closer to the city, called Kuala Lumpur International Financial District, was later renamed Tun Razak Exchange. TRX has a land size of 70 acres.

Interestingly, one of the three directors at Tadmax Power is Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, who was at one time chairman of Bank Simpanan Nasional and Umno treasurer.

In the 2008 general elections, Azim lost the parliamentary seat in Bukit Gandang, Perak, to PAS.

Also, the Pulau Indah land adjoins the PKFZ, which created a debacle that nearly brought down a few politicians. It was one of Malaysia’s largest financial scandals after the project ran into losses totalling billions. Much of the overrun was due to the land cost which was sold to the Government at RM21 per sq ft in 2002.

A property source said that at RM23.50 per sq ft, the valuation was at market value.

“It already has buildings on it, and converting it into industrial land will not cost very much since both parties will be sharing out the cost of conversion.”

He said although this land adjoins the PKPZ land, it was not possible to compare the current purchase with PKFZ’s valuation as that deal was transacted 12 years ago.

The PKFZ land spanned nearly 1,000 acres, a third of the current purchase. The