24 February 2014

Cari pemimpin yang boleh menukar acuan kepimpinan dahulu, baru boleh berubah

Saya ingin menyambung apa yang telah saya tulis dalam posting yang lepas (semalam). Saya telah menyebut tentang masalah yag akan kita hadapi jika keadaan sekarang masih berterusan, dalam mana jika BN kekal ia akan kekal sebagai kerajaan yang sangat lemah dengan barisan pimpinan yang terlemah dalam sejarah kerajaan kita. Jika Pakatan Rakyat  mendapat mandat (yang saya jangkakan susah untuk diperolehi), ia juga akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan merudum dalam jangka masa yang singkat sahaja.

Pendeknya pihak mana sekali pun yang akan menang jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini ia akan merupakan kemenangan yang tipis dan tidak akan mampu untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kuat.

Bagi BN, mereka tidak akan terjumpa formula dan penyelesaian yang boleh memberikan kekuatan kepada ‘coalition’ itu kerana pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling rendah dalam sejarah kewujudannya.

Saya selalu menyebut tentang acuan kepimpinan BN khususnya UMNO sekarang ini. Bagi UMNO sekarang ini bukan lagi masalah menukar pemimpin dan barisan kepimpinannya. Sekarang ini ia adalah masalah menukar acuannya. Selepas Dr Mahathir membentuk acuan kepimpinan selepas kepimpinan beliau, siapa sahaja dikalangan kepimpinan dalam Majlis Tertinggi dan kabinet negara mereka adalah dari acuan yang sama.

Acuan ini membina budaya, sikap, nilai serta mentaliti kepimpinan yang sama. Saya dari dulu lagi telah menyatakan dalam tulisan saya dengan jelas yang jika sesiapa yang menggantikan Pak Lah mengikut kaedah yang lazim dikalangan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu, keadaannya akan sama malah berkemungkinan lebih teruk lagi. Najib yang diharapkan boleh memperbaiki kelemahan Pak Lah telah mengecewakan ramai kerana beliau lebih lemah kepimpinan dari Pak Lah.

Malahan sekarang ini semakin nyata yang Pak Lah adalah lebih baik dari Najib yang sedang diusahakan oleh setengah pihak dalam UMNO untuk menyingkirkan beliau sekarang. Tetapi jika Najib digantikan oleh Muhyiddin untuk mengekalkan tradisi peralihan kuasa seperti yang lazim dilakukan itu, kita akan mendapat kepimpinan yang lebih lemah dari Najib pula.

Kita perlu ingat siapa sahaja dikalangan kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah dari acuan yang sama yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu dan hasilnya akan sama sahaja seperti yang kita nampak terhasil dari kepimpinan Najib hari ini. Menggantikan Najib dengan kepimpinan yang dari satu acuan itu samalah seperti tidak mengubah kepimpinan.

Sekarang ini isunya ialah untuk menukar acuan kepimpinan UMNO itu. Kita memerlukan acuan baru supaya bentuk kepimpinan itu akan berupa bentuk acuan yang baru. Acuan yang baru itu akan membentuk nilai dan cara berkepimpinan yang baru dan akan membawa ‘ambience’ politik yang baru. Sekarang ini masalah rakyat termasuk yang berada di dalam UMNO itu sedang mengalami keadaan murung yang sama sejak lama dahulu.

Kita memerlukan acuan atau ‘mould’ kepimpinan yang baru dan semestinya pemimpin itu wajar dari orang yang tidak termasuk dalam acuan binaan Dr Mahathir itu supaya pemimpin itu boleh membina acuan untuk politik yang baru untuk negara khususnya untuk UMNO itu.

Membawa acuan baru akan membawa ‘environment’ yang baru dan dengan cara itu UMNO boleh menghilangkan persepsi yang sudah keterlaluan buruknya yang kita rasakan sekarang. Berada dalam ‘environment’ dan situasi baru sahaja boleh mengalihkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO itu. Atas tujuan itu jangan lah masih ada mereka-mereka yang berada dalam acuan lama dahulu kerana ia akan membantutkan usaha membawa UMNO kedalam ‘environment’ yang baru itu.

Apa yang terpenting bagi UMNO sekarang ialah untuk menghilangkan persepsi buruk rakyat terhadapnya itu. Hilangkan persepsi buruk itu dahulu barulah UMNO boleh menaruh harapan untuk menjadi parti yang relevan kepada rakyat dihari muka. Persepsi buruk itu tidak mungkin dapat dihilangkan oleh barisan pimpinan yang membina persepsi buruk itu sendiri.

Jika pimpinan itu diserahkan kepada seorang ahli Legislatif yang berpengalaman dari UMNO yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa itu maka bolehlah kita berada di dalam 'ambience’ yang baru itu dan dengan sendirinya rakyat akan merasakan berada di dalam situasi dan keadaan yang lebih meyakinkan dan sekali gus boleh melupakan politik yang kita rasakan pada hari ini.

Rakyat akan dapat merasakan seperti mereka berada dalam negara dan siasah baru dan bersama-sama membina negara tanpa perasaan prejudis terhadap kepimpinan negara lagi. Kepimpinan yang membawa aura yang baru itu akan sekali gus boleh menyelesaikan dan memperbaiki perhubungan diantara negeri-negeri dalam Persekutuan terutamanya dengan Sabah dan Sarawak yang merupakan ‘equal partner’ dengan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Semua  isu-isu lain yang berkait dengan agama dan bangsa yang kini sangat banyak dipersoalkan oleh rakyat boleh di selesaikan secara ‘parallel’ dengan isu-isu mendesak yang lain.

Sesungguhnya menggantikan dengan pihak lain yang tidak mempunyai kekuatan yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa perubahan. Malahan yang kekal adalah perbalahan yang tidak sihat yang akhirnya akan meletihkan rakyat dan mereka akan menjadi mangsa politik peribadi pemimpin yang tidak berkesudahan. Sekarang sudah sampai waktu dan masa bagi pemimpin-pemimpin dari kedua-dua belah pihak ditarbiahkan dengan politik yang baru dan mengakui perbalahan diantara mereka kini tidak membawa rakyat kemana-mana.

Tinggalkan politik dan penggiat politik yang ada pada hari ini. Selepas mengalihkan politik kita ke ‘environment’ yang baru maka barulah rakyat dan negara memulakan langkah untuk maju kehadapan bagi pembangunan siasah yang baru yang lebih meyakinkan, insyaallah.

7 comments:

Anonymous said...

Jika acuan shj yg ditukar kpd yg baru, tetapi adunan ramuannya tetap sama, maka rasanya adalah akan tetap sama juga. Cuma bentuknya sahaja bertukar. Sebaiknya acuan dan adunan ramuannya sekali ditukar disertai dgn penambahbaikan, supaya terhasil satu bentuk yg benar2 baru dan rasanya juga baru.
Ahli2 parti yg memerintah adalah tetap terdiri dari manusia yg sama, walaupun apa shj posisi mereka sekarang ini. Jika dirombak menukarkan posisi pemimpin dgn mana2 ahli yg memegang entiti ramuan yg sama, hasilnya nanti tetap sama. Mungkin shj diawalnya terlihat perbezaan bentuknya, tetapi tidak lama selepas itu akan menampakkan belang asalnya.

bumi-non-malay said...

yang perlu Ubah saya rasa adalah sikap Mental rakyat yang inginkan perubahan Melalui agenda 2020....Jual...Hijrah.... ke Sabah-Sarawak....kemudian pecat UMNO - BN kat adun Negeri...lepas tu pecat malaya. Nak ubah sikap mental agenda UMNO Zalim adalah macam idamkan Korea Utara dengan Kim Jung Un itu ubah sikap kepimpinan dia !!

Anonymous said...

Salam,

Tidak lain tidak bukan :

Al-Quran jadi panduan. Quran telah memberitahu kita apa itu pemimpin dan apa itu orang yang dipimpin.

Apa tanggungjawap seorang pemimpin dan apa tanggungjawap rakyat.

Tidak kira pemimpin peringkat Negara, pejabat, organisasi, perniagaan, keluarga sehingga kepimpinan diri kita sendiri.

Apa krisis kepimpinan kita hari ini .... sudah lari dari Quran.

Contoh bagi pemimpin sekarang:

1. Dia rasa dia raja segala raja.
2. Pantang ditegur.
3. Tidak suka muhasabah diri sendiri.
4. Suka mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan.
5. Suka di bodek.
6. Suruh orang lain berjimat cermat, tapi diri sendiri boros melangit.
7. Biar orang lain susah sengsara asal diri senang lenang.
6. dan banyak lagi sehingga tidak terhitung.

Bagi keburukan yang dipimpin:
1. Suka membodek dan mengampu
2. Suka pemimpin yang menguntung dirinya sahaja dan benci pemimpin yang tegas, jujur demi kepentingan semua pihak.
3. Suka menjatuhkan rakan lain agar diberi perhatian oleh boss.

Contoh di atas jelas dalam kehidupan seharian.

Semua ini dilarang oleh Tuhan.

Tidak semua orang "perfect". Tapi kalau berlandaskan Quran, maka setiap yang tidak bagus akan dilarutkan dalam arus kebaikan.

Sekadar renungan diri kita sendiri.

Quran bukan untuk dilagukan, tapi Quran untuk dibawa didalam arus kehidupan.

Anak Desa said...

Salam Pak Aspan..

Nampaknya Pak Aspan masih yakin kepimpinan Umno sekarang masih bolih dibaiki dengan syarat buangankan "mould" yang telah diserapkan olih Dr Mahathir..

Pada pandangan saya.. peninggalan warisan cara pemerintahan Dr Mahathirlah yang menjadikan Umno Khususnya dan rakyat Malaysia amnya bukan setakat "begini" malah telah hilang jati diri..

Belum nampak lagi penghujung era Cara pemerintahan Umno yang ada sekarang akan berakhir bagi menggantikan mould yang sedia ada untuk Malaysia yang lebih baik..

T kasih

sorang rakyat said...

Mahathirism is a relic of the past. To some mahathirists his time as prime minister of over 20 years was the best time of malaysia's socio economic journey. Well, I beg to differ to this notion. Were we better than Korea, Taiwan and Honking, let alone Singapore in terms of economic achievements then? Comparing with Indonesia, Thailand and other developing nations we just maintain our status quo, no more than that, for we saw their progresses too in the same period of time. What about other social aspects of life? Are we better of now? Rather we were left pondering of leadership crisis now. What legacies mahathir left behind other than weak leadership and social and economic uncertainties.
We need a transformational leader who understands well what we the people need. We don't need racial polarization, we don't need religious dischords and we don't need high politics of our polities. Suffice to say we don't need rhetoric and antics. Therefore we need an honest and sincere leader to lead us to a better life socially, politically and economically.
China had to wait Mao Zedong left the world before Deng Xiaoping, decades of Mao's loyal follower, to introduce reforms that eventually taking hundreds of millions of chinese out of poverty. To this day, Mao is still chinese great leader, but Deng had transformed their lives. We don't have to wait someone to die to do something. Of course armchair theorizing doesn't make any good, but we can use our democratic right to at least voting out the current regime.

Aspan Alias said...


Anon 1:52,

Sdr benar, tetapi itu yang saya sebut ratusan kali dalam blog saya ini. Adunan perlu ditukar dan saya telah sebut semua yang berada di dalam acuan sekarang perlu tiada lagi dalam acuan yg baru itu.

Itu sebabnya saya perkatakan selalu, tiada seorang dalam MT UMNO hari ini tahu the 'clue' untuk menjadi pemimpin kerana mereka adalah dikalangan pemimpin yg keliru.

Mereka tidak tahu bagaimana dan kenapa mereka berada di atas itu. Mereka teraba-raba bagaimana untuk mentadbir negara dan rakyat.

Salam

Aspan Alias said...


seorang rakyat,

I am fascinated by your comment and your expression comes right from your inner self.

True, mahathirism is the relics of the past and as your have rightly said that the countries around the region left us far behind during the 22 year-rule of Mahathir.

We lost the race while he was the PM but we will be beaten to death by his blind followers if we keep on saying it loudly.

What we inherit now is the legacy of Mahathir, weak and hollow leaders, with corruptions have become synonym to UMNO and the government.

Mahathir has never developed leadership among his people surrounding him. He was a mere self serving leader who wanted non other than weak leaders to continue to lead the country for his own personal expediency to intervene in the government till his death.

But his followers still say he his the best.