03 June 2013

Belajarlah melalui pengalaman sendiri

Ramai yang bertanya kepada saya setelah selesai pilihanraya ke 13 baru-baru ini samada Pakatan Rakyat itu adalah satu ‘sustainable force’ untuk menundukkan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang.  Mereka bertanya kepada saya sebagai seorang biasa yang tidak melepaskan pandangan dan perhatian terhadap isu politik tanahair mengikut kemampuan saya yang tidak sepertinya ini.

Persoalan ini adalah persoalan yang susah hendak dijawab jika dipandang dari satu sudut khusus dan tidak pula susah untuk memberikan ulasan jika dipandang dari sudut yang lain. Saya lebih berkecenderungan untuk melihat Pakatan Rakyat sebagai satu ‘entity’ yang ingin mengambil alih kuasa kerajaan. Pakatan Rakyat ini merupakan gabungan tiga buah parti besar, PAS, DAP dan PKR.

Pada saya dalam keadaan sekarang adalah susah untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan kerajaan yang ada. Yang terpenting hubungan diantara ketiga-tiga parti itu wajar diperkukuhkan walaupun masing-masing mempunyai perbezaan dari segi ideologi dan perjuangan masing-masing. Sesungguh perbezaan itu jugalah yang mewajibkan diadakan kebersamaan dalam menghadapi rakyat.

BN pun mempunyai masalah yang sama. Bezanya BN telah lama wujud dan kewujudan BN itu adalah teras  kepada keperluan yang sangat meruncing semasa awal tujuh puluhan dahulu akibat dari kejadian 13 Mei 1969 dahulu. BN lebih kental hubungan inter-partinya dalam gagasan Barisan Nasional itu.

Di pihak Pakatan Rakyat pula ia tidak mempunyai ‘coalition’ yang formal dan diatas sebab inilah dikalangan parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu terdapat perbezaan dari pendekatan masing-masing. Tiada apa-apa kenyataan dan pendirian Pakatan Rakyat itu diasaskan kepada kebersamaan persepsi terhadap sesuatu isu. Kenyataan-kenyataan pimpinan ketiga-tiga parti tidak diselaraskan untuk menunjukkan kebersamaan kepada rakyat.

Semasa ucapan Tahun Baru dahulu, Lim Guan Eng telah meminta kerajaan membenarkan penggunaan nama Allah, dan hasilnya ia membawa malapetaka kepada PAS dan parti itu terpaksa memaparkan perbezaan pendapat diantara puak-puak dalam PAS secara terbuka. Jika ada persepakatan yang sama tidak akan wujud perjuangan yang berbeza diantara satu parti dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat itu.

Itu jelas menunjukkan yang perhubungan dan pertalian diantara satu dengan parti yang lain belum lagi terbentuk dengan baik. Mungkin ia memakan sedikit masa untuk membentuk imej kebersamaan itu.

PAS terpaksa berdiri ‘defensive’ dan terpaksa menghadapi berbagai-bagai cemuhan dari parti lawan BN yang juga parti lawan kepada DAP. DAP sebaliknya mendiamkan diri dan PAS terpaksa bergelumang dengan hebatnya hasil dari sebaris ungkapan LGE dalam perutusan Tahun Baru nya itu. Saya yakin LGE pasti tahu akibat  dari ucapan beliau itu. Tetapi kenapa kenyataan itu keluar dalam ucapan rasmi Tahun Baru beliau itu?  

Dalam isu ini PAS terang-terang menjadi mangsa ucapan dan kandungan teks ucapan Setiausaha Agong DAP itu menjadi isu bisikan rakyat dimana-mana, khususnya negeri pantai timur. Pendeknya Pakatan Rakyat belum lagi stabil perhubungan diantara parti-parti didalamnya.

Selagi ini berlaku ia tidak akan membawa Pakatan Rakyat kemana-mana. Biarlah berjuta rakyat yang membanjiri program ceramah dan himpunannya, keputusannya tetap akan memihak kepada BN walau sekecil mana sekali pun kemenangannya. Saya berkeyakinan jika BN terbukti mampu untuk melakukan perubahan walaupun sedikit dari sekarang maka BN akan tetap memenangi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

Pada pandangan umum Pakatan Rakyat terlalu bergantung kepada keupayaan Anwar membawa kehadiran dalam himpunan yang mana dihadiri oleh Anwar. Apakah Anwar mampu untuk bertahan pupolariti beliau hanya berdasarkan kepada isu tuduhan terhadap SPR yang tidak telus itu?

Malahan begitu ramai yang mempersoalkan samada Anwar benar-benar bersatu dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain itu? Anwar bukannya tidak mempunyai rekod menjadikan mangsa rakan seperjuangannya dalam politik. Ramai yang tidak terkejut jika Anwar melepasi hajatnya untuk menjadi PM beliau akan melakukan tindakan membakar jambatannya selepas berjaya menyeberang.Ada yang berpendapat Anwar kan hilang langkah dan tarinya untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai pemimpin yang menjadi penyatu dan pelengkap kepada Pakatan Rakyat setelah kekalahan PR dalam PRU yang lalu.

Tetapi itulah politik kita di sini. Dalam pemimpin-pemimpin ini bermain politik anak-anak muda yang ramai yang memberikan sokongan ini akan menjadi mangsa permainan ini. Ini adalah lumrah dalam politik di negara ini. Tetapi bagi anak-anak muda yang terpengaruh dengan kehebatan ucapan yang berapi dari pimpinan mereka akhirnya merupakan orang yang akan membangkang pemimpin ikutan mereka itu kembali.

Tetapi kita tidak mungkin mampu untuk meyakinkan anak-anak muda ini sehinggalah mereka sendiri merasakan apa yang telah ramai rasakan sebelum ini. Apabila sampai masanya nanti mereka yang berkumpul dan berhimpun memberikan sokongan kepada himpunan 505  ini misalnya, akan kembali membantah tindakan pimpinan yang pernah mereka dukung dahulu.

Itu sebabnya saya membiarkan sahaja sesiapa dikalangan anak-anak muda ini menghentam saya, kerana saya lebih kurang tahu apa yang akan mereka hadapi jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya ke 13 yang lalu. Saya tidak berselera untuk melakukan usaha meyakinkan mereka semasa mereka sedang hayal dengan apa yang mereka sebutkan sebagai ‘perjuangan rakyat’ dan berbagai-bagai lagi ungkapan untuk memberikan keseronokkan kepada diri mereka sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai sedikit pengalaman, mereka hanya mengorakkan senyum mereka sahaja kerana mereka tahu apa kesudahannya dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini.

Maklum sahajalah anak muda julung berkeris…begitulah sikap mereka dan itu adalah ‘normal’ dan mereka akan belajar melalui pengalaman yang akan mereka lalui sendiri itu. Itulah cara pembelajaran yang paling baik bagi mereka walaupun belajar melalui pengalaman orang lain itu adalah cara yang lebih baik lagi.

Walau bagaimanapun negara ini adalah negara demokrasi. Masing-masing  berhak untuk memilih cara masing-masing untuk mendapatkan pelajaran dalam hidup ini.

27 comments:

Anonymous said...

Saya sependapat dgn sdr AA. PR memerlukan masa yang panjang untuk benar-benar bersatu dianatara pimpinan dan parti parti dalam PR itu. Saya juga bersetuju silat dan tari Anwar akan habis kerana silat dan terinya hanya berjaya jika PR menang dalam PRU yg lalu sahaja. lepas ini terpaksa cari langkah lain pula.


sham

Anonymous said...

Saya sependapat dgn sdr AA. PR memerlukan masa yang panjang untuk benar-benar bersatu dianatara pimpinan dan parti parti dalam PR itu. Saya juga bersetuju silat dan tari Anwar akan habis kerana silat dan terinya hanya berjaya jika PR menang dalam PRU yg lalu sahaja. lepas ini terpaksa cari langkah lain pula.


sham

Anonymous said...

Sejujurnya saya bersetuju dgn pandangan AA

Anonymous said...

Anwar akan terperangkap dgn jeratnya sendiri!

mohamad adel said...

anuar habis silat , main taichi, habis taici. kungfu pulok, bukan ka?

Unknown said...

Jangan lupa...

demokrasi hari ni terbuka kerana sebab2 berikut...

rakyat alih sokongan terhadap DAP, PKR dan PAS....

Akta kejam ISA dihapuskan selama lamanyaaa dan tak mungkin berani dihidupkan kecuali rakyat jadi bangang dan bagi kuasa 2/3 balik kepada BN...

kemunculan Anwar Ibrahim dan Reformasi dari luar UMNO

terhapusnya AUKU....

Kejayaan terbesar Anwar dan barisan Pakatan Rakyat walaupun tanpa menang adalah berjaya mengHAPUSkan ISA......

Terima kasih....
Thank you...
Nandri..
Seesyien

Anonymous said...

AA, saya faham apa maksud u. Apa yang dilakukan oleh BN itu u akui sebagi fakta jelas tak? Rasuah dan sbgainya.

tapi u tak yakin Anwar boleh jadi org yang boleh membetulkan keadaan ini. Anwar pun kelentong lebih jugak kan Aspan?

U berani menzahirkan yang betul Aspan. Tahniah. Kalau keba belasah tu tahan ajelah ye?


kuantan lad

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan.

Setuju benar dengan posting tuan ini.. Setuju juga kita biarkan lah anak muda ini merasai pengalaman berhimpun. Teringat berhimpun bersama anwar di TPCA dalam hujan. Anwar ini memang seorang penghibur yang hebat.

Keinginan kita untuk melihat pembangkang yang setara dengan BN pasti akan tercapai tetapi bukan di zaman anwar dan bukan dengan cara anwar.

Agak lari tajuk, tetapi saya seperti melihat akan lahirnya seorang lagi anwar dalam UMNO. KJ dilihat sangat bernafsu dalam merealisasikan cita cita sendiri. Sebagaimana semasa muda saya mengagumi pidato anwar begitulah juga anak saya mengagumi pidato kj. Harapan saya agar kj bijak mengawal nafsu dan menjadikan perjalanan berduri anwar sebagai iktibar.

Anonymous said...

Sdr AA, you are saying the crude truth.

bekas MT UMNO

ulitmayang said...

Tahniah Tuan AA

1. Pandangan tuan tidak pernah tumpul , sentiasa tajam , dulu & kini , insyaAllah utk masa akan datang

cuma , saya suka berikan pendapat kedua
1. ulasan pihak Tuan AA sgt benar
2. dengan syarat , pertandingan adil , di padang yg sama rata dll

3. dlm soal di malaysia , cuma orang gila , tidak siuman & yg sudah dibeli oleh umno akan berpandangan apa yg telah terjadi dlm PRU13 dan sebelum nya adalah ADIL , SAKSAMA

4. jgn sentuh soal , PR tidak bersedia
5. tak usah disebut , UMNO/BN lebih matang

6. soal pokok , yg tidak boleh ditinggal kan kini , ialah membetulkan kesilapan yg telah dilakukan oleh UMNO , SPR & JPN

7. soal ini bukan main2
8. soal ini bukan pilihan kedua
9. soal ini bukan boleh dikemudiankan
10. soal ini adalah wajib diberikan keutamaan

11. dlm PR , benar mereka belum diuji & teruji
12. dlm BN, benar mereka sudah diuji & teruji , tapi masih ditutup oleh media arus perdana , & sikap wartawan cari makan yg gantung pena masing2 bila terkena pemimpin2 BN sendiri

12. bukan sedikit isu2 yg membelit UMNO & BN
13. tapi sikap pandai makan & pandai simpan di kalangan pemimpin2 umno/bn sangat mengkagumkan

Anonymous said...

Betul Pak Aspan, Guan Eng punya cakap dan tindakan, kami dari PAS bermatian untuk mempertahankan kami. DAP hanya mempergunakan kami sahaja nampaknya.

Tapi pillihanraya bukan kali ini saja, banyak kali lagi. Masa tu kita tahulah nak buat macam mana.

Kalau DAP tuk DAP jugaklah!

PAS Seremban

Anonymous said...

AA, in my opinion DAP has achieved the max already. It has reached its climax and after this the party is going down slightly.

DAP has not much more seats for them to win. The dark truth about DAP is slowly appearing. The current CEC is not legitimate committee as the result of power fowl play within it.

simon teh

ruben said...

I wish to announce to everyone, that I shall be back to MCA once CSL is out of the party leadership.

Anonymous said...

Salam AA

Bukankah AA ahli Dap .Tentu dah tegur LGE pasal Isu Allah. Biarlah anak muda berjuang dan kegagalan adalah pengajaran untuk mereka. Saya pernah berdemo masa di itm .akhirnya uitm dah jadi uitm












umar said...

Hakikatnya DAP ke atau MCA tu sama aje. Hanya saya terasa PAS dopermainkan oleh DAP dan PKR dalam PRU yg lalu. Ahli PAS seperti saya belum hendak nak bertindak lagi. DAP dan PKR itu parti yg tidak jujur. Cakap muliracial tapi tengok siapa yang ada dalam DAP. Semua Cina dan India. melayu kena tipu habis habis dalam pilihanraya yg lalu. Nasib baik PR tak menang. Betul kata Pak AA, ada hikmah disebalik kekalahan PR baru-baru ini. Tapi pilihanraya ke14 masih ada. Kita ubah besar-besaran, kerana kita sudah tahu siapa DAP sebenarnya...parti cina habis-habisan.

Anonymous said...

DAP has succeeded in deceiving us, the Malays. be more alert next time everyone.

Anonymous said...

Nak kemana sangat DAP tu hah? boleh confident duduk Putrajaya. Disiahkan malaekat 44. Biarkan mereka jadi pembangkang sajalah. Dia bagus jadi pembangkang saja. DAP, a very good servant but bad master.

nadzri

asmaon said...

Kami orang PAS di Nusajaya di mainkan oleh DAP. perangai haramjadah DAP tidakkan ku lupa sampai mati...

kita bermatian menolong Kit Siang, dia orang mainkan kita.kita tidak berdendam sdr. Hanya kita lebih berhati-hati dengan parti itu..itu sahajalah.

Anonymous said...

Ambillah masa berapa lama pun Pakatan.
Pretending won't change anything.

jabar said...

AA, I agree with you that we are not against PR, but the fact remains, PR is not united. Some may think that you are not supporting PR. But you are just having apprehensions on Pakatan's ability to win over BN.
AA, you should explain to your readers as some misconstrue you.

jabar

Aspan Alias said...

jabar,

I am not obliged to explain anything to anyone as I write my blog in a very simple malay language. Anyone may misconstrue me, but let it be.

They should know that I am for the change but I am now having some doubts that the move for the change is done appropriately.

That is why I say that BN will be still in power as PR is not united. I was telling my real and actual believe that PR needs a lot of tidying up before we start thinking of winning.

But bro Jabar, if they still think I am not for the change, then there is nothing I can do. I am not writing to amuse anybody but to dispose my actual feelings about the whole move for that change.

i am not at all disturbed by the critics from those unfriendly commentators.

They only want everyone to amuse them. That, they can't get it from me. So sorry.

Anonymous said...

Pak Aspan..di Terengganu isu kalimah Allah memnjadikan PAS sedikit lemah. Dikalangan orang kampong, mereka yang sudah lama menyokong PAS ada yg memangkah Umno. Keluarga saya ramai yang begitu. Saya amat yakin banyak lagi keluarga lain. Tanpa isu kalimah itu saya percaya Pas sepautnya memenangi tiga empat kerusi lain yg cukup untuk mengalahkan umno.

samat embong

Anonymous said...

PR berjuang untuk rakyat? Entahlah tu...Pas nampaknya lebih jujur tapi yang dua lagi tu...siapa nak percaya percayalah tapi saya tidak...

Anonymous said...

Dato Saifuddin Nasution diambil berkerja dengan MB Selangor dan menjadi isu besar dikalangan Pkr AA.
Bergaduh sesama sendiri. Jadi elok lah PR tak menang Putrajaya hari tu. Kalau menang tak taulah macam man depa gaduh bro.
Betul kata Pak AA. Pr belum bersedia lagi

Anonymous said...

Apa yg terjadi di Selangor adalah bukti pkr itu adalah anak sulung umno. Ruap sama perangai pun sama. Umno=Pkr, Pkr=Umno. Depa ni sume bekas Umno macam pak AA jugak.

samuel

chee, jb said...

Good morning sir, there's no actual struggle in Malaysian politics. Just vote for anybody. They are all the same sir. I supported like anything, until the CEC issue. They are nothing more and nothing less like umno. Tipu sana tipu sini. Itu saja dia tau ma.

Anonymous said...

Anak2 muda terpengaruh dgn PR sebab janji2 yg indah khabar dr rupa. Yg bermasalah dan sombong tetap parti DAP. Parti yang pandai berpura2 dan bermuka2 serta tidak menghormati perlembagaan negara. Parti paling hina ialah parti PAS kerana diperkuda sehingga sanggup jilat ludah berkahak. Parti PKR pula parti yang tidak menentu arah cuma 1 arah shj yg diketahui iaitu DSAI ingin jadi PM. Maka kesimpulan PR cuma pakatan "window dressing". Golongan penyokong PR akan sedar bila terjaga dr mimpi dan terkena di batang hidung sendiri