16 October 2011

Rakyat mesti berterima kasih pada BN?

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan UMNO dan BN semakin hari semakin lemah. UMNO sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan ‘warlords’ dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan ‘war lords’ tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, ‘war lords’ serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa ‘fed-up’ mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara ‘one-off’ yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan ‘one-off’ itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM 2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.

8 comments:

Anak Nelayan Pontian said...

Tuan Aspan,
Nak tergelak pun ada nak menangis pun ada bila mendengar TPM minta rakyat berterima kasih kepada BN.
Nak tergelak melihatkan telatah dan perangai kebudak-budakan pemimpin tinggi UMNO tu. Nak menangis kerana sedih melihat saban hari rakyat cuba diperbodohkan dengan pemberian "gula sekilo sehari" tu.
Hai nasib...nasib engkaulah Bani Melayu. Pemimpinnya bangang dan bodoh lagi membodohkan diri sendiri dan rakyat.

Anonymous said...

Naudzubillah...
Apabila kita berjaya melaksanakan janji Menifesto,seharusnya pihak yg melaksanakan itu wajib mengucap syukur dan puji-pujian kpd Allah s.w.t atas berjayanya kita menunaikan janji kpd masyarakat awam krn dgn izin Allah s.w.t kita diselamatkan oleh Allah dari menjadi org2 yg gagal melaksanakan amanah..
Seharusnya yg diseru kpd Rakyat adalah ucapkanlah Alhamdulillah atas setiap nikmat yg Allah kurniakan ini dan bukan mengangkat diri sebagai org2 yg harus dipuji dan dikenang..Dimanakah kita meletakkan Allah dlm hal2 tanggngjawab awam????
Sedangkan pangkat dan kuasa itu adalah amanah dari Allah s.w.t dan kita tidak patut sombong atas amanah yg Allah beri ini malahan merasa gerun dan takut jika tercicir dari melaksanakan amanah itu..
Jgn mengajar pemikiran material kpd rakyat,kemajuan harus beserta dgn Tauhid,baharulah kita akan dinaungi dgn Rahmat Allah s.w.t...
Wallahua'lam

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Saya percaya ramai yang bersetuju dengan pandangan sdr. Ianya jelas menunjukkan keangkuhan dan kesombongan UMNO yang seolah-olah memaksa orang ramai supaya berterima kasih dan 'grateful'. Kalaulah ini pendekatan mereka untuk memenangi hati dan minda orang ramai dalam konteks budi dan jasa mereka (UMNO), saya khuatir UMNO dan kerajaan pimpinan UMNO akan dipinggirkan.

Pada hari ini, semasa merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan, PM meminta parti-parti komponen BN melakukan transformasi masing-msing. Justeru, saya sendiri tertanya-tanya apa pula transformasi yang telah dilakukan ke atas UMNO selain membuat beberapa pindaan ke atas perlembagaan parti, antaranya, kaedah dan proses pemilihan pegawai-pegawainya di setiap peringkat. Inipun belum lagi teruji kerana mesyuarat dan perhimpunan agungnya ditangguhkan. Mungkin bila diadakan kelak ianya lebih teruk dan parah daripada PKR yang telah mengadakan pemilihannya tidak beberapa lama duhulu. There are so much at stake in so far as these UMNO officials are concerned - if they fail to be elected or reelected.

Orang Biasa

Anonymous said...

Sdr Aspan, kalau dah sampai ke tahap tu angkuhnya Muhyiddin/UMNO, masanya sudah dekat dan ketakburan itu akan musnahkan mereka. Biarkan dia bertutur demikian. Rakyat bukan lagi seperti dulu-dulu menerima cakap-cakap membabi-buta. Pak Cik dan Mak Cik di N9 dah muak berterima kasih kepada UMNO. Kali ini terima kasih kerana memberi laluan. Syabas warga N9.

Zaidi said...

Pak Aspan,

Saya dengan ini menyahut seruan TPM.."Terima kasih BN kerana memudahkan pendatang asing 2.2juta hidup selesa di negara ini, memberikan kewarganegaraan tanpa peperiksaan Bahasa Malaysia, kerana melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun menyebabkan orang muda tak ada kerja dan memberikan kontrak besar tanpa tender jadi syarikat2 lain tidak perlu berusaha memberikan harga yang terbaik"

Jadi, tidaklah susah mana mengucapkan terima kasih. Tapi nak pangkah BN, jauh disisihkan malaikat 44.

john brown said...

bro aspan,
saya rasa pelik bunyinya bila tpm minta rakyat berterima kasih kepada bn/umno. perkara yang sebenarnya ialah bn/umno yang perlu berterima kasih kepada rakyat kerana terus memberi mandat memerintah walaupun tidak mendapat dua pertiga majoriti. saya percaya mana-mana parti politik di dunia ini yang diberi mandat untuk menjadi kerajaan sudah pasti akan menunaikan tanggungjawab dan amanah sebaik mungkin yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Quiet Despair said...

Terima Kasih UMNO/kerajaan kerana memberikan RM200 kepada kami. Sumbangan itu amat dihargai.
Jangan bimbang kami tahu membalas budi.

Anonymous said...

Muhiden patut bersyukur kerana masih ada penjilat