03 June 2011

Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru!

Jika kita melaksanakan tanggungjawab dengan tidak berlandaskan moral akhirnya akan disebut oleh rakyat juga. Apa pun yang kita lakukan, kita wajar melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan bermoral. Jika kerajaan selalu mengungkit-ngungkit apa yang dibekalkan kepada rakyat serta mengumpat rakyat kononnya tidak berterima kasih setelah mereka dibekalkan denga jalanraya bertar, api, air gigi palsu percuma rakyat juga akan mengungkit tindakan salah kita.

Apabila tindakan itu memberikan keuntungan besar peniaga dengan keterlaluan yang berlipat kali ganda ‘on the expense of the rakyat’, ianya akan menjadi isu yang panas dan boleh sahaja menukar persepsi ramai terhadap kepimpinan walaupun beliau telah bersara dengan gelaran ‘negarawan’ dan segala pujian dan sanjungan rakyat.

Bak kata perbilangan, ‘bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru’. Dalam isu pembekalan kuasa tenaga oleh IPP ini sebenarnya sudah lama diketahui oleh sebilangan rakyat. ‘Bangkai Gajah’ ini telah ramai yang nampak tetapi mungkin baunya belum di hidu oleh ramai orang. Sekarang semua orang telah terhidu busuknya maka cerita lama kembali muncul di depan mata rakyat yang sedang merasakan keperitan kerana tindakan kita memihak kepada peniaga ‘lintah darat’ yang menggunakan pemimpin agong yang mahu pula dipergunakan oleh ‘lintah darat’ yang menghisap darah rakyat selama ini.

Segala kesalahan lampau seperti isu TNB membeli kuasa dari IPP secara ‘paksa’ oleh pihak EPU kembali menjadi isu hangat. Saya secara peribadi telah menulis dan mengkritik tindakan ‘zalim’ pihak EPU yang secara ‘remote’ dari pemimpin sokongan rakyat untuk mempastikan TNB membeli kuasa tenaga dari syarikat IPP yang menjadi kawan rapat Perdana Menteri semasa itu.

Jabatan Economic Planning Unit (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memaksa TNB untuk menerima sahaja kandungan penting di dalam PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP yang dimasudkan ini (YTL). TNB telah dipaksa membeli tanaga dari YTL Power dengan harga .23 sen per kWh dari syarikat ini dengan jumlah yang ditentukan tidak kira samada jumlah itu digunakan atau pun tdak. TNB juga dipaksa untuk membelinya selama waktu yang ditentukan dan ini tidak dapat dikategorikan sebagai peniagaan atau rompakan kolar putih yang tidak ada tolok banding dahsyatnya.

Di waktu yang sama ketika itu ada pihak lain yang mampu membekalkan Tenaga dengan .12 sen bagi 1kWh tetapi EPU tetap memaksa TNB untuk membeli .23 sen per kWh dari syarikat ‘istimewa’ yang rapat dengan pucuk pimpinan. Inilah yang menjadikan Tan Sri Ani Arope, pengerusi TNB tatkala itu terpaksa berpecah arang dengan pucuk pimpinan kerana beliau menentang cara EPU memaksa TNB menerima sahaja tekanan dari EPU yang digunakan oleh seorang pemimpin itu untuk melakukan niat yang berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa itu.

Dalam lain perkataan syarikat IPP yang istimewa ini menjadi agen untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan dengan membelanjakan wang rakyat yang pembayar cukai kepada kerajaan yang di amanahkan. Ini adalah tindakan tidak bermoral dan hina di sisi masyarakat dan perkara ini akhirnya mula disebut kembali oleh orang ramai di mana-mana.

Ramai juga telah menghantar e-mail kepada saya yang menyatakan sokongan mereka terhadap Khairy Jamaludin yang telah menegur dan meminta supaya perjanjian di antara IPP yang istimewa itu dengan TNB diberikan pengetahuan kepada rakyat. Mereka beranggapan Khairy telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai pemimpin yang mewakili rakyat yang sedang memerlukan pembelaan. Isu ini adalah isu yang berkaitan dengan orang ramai dan mereka berharap Khairy akan terus merasakan apa yang rakyat ramai ini merasakan.

Saranan Khairy ini telah disambut oleh Peter Chin, Menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga kuasa ini dengan menyatakan yang perjanjian itu adalah perjanjian di antara dua badan bukan kerajaan dan ‘private agreement’. Soi Lek pula seolah-olah bersetuju dengan Khairy tetapi agak keberatan untuk mengaku dan terus sahaja beliau meminta supaya dikaji kembali perjanjian itu apabila sampai tempohnya.

Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi orang ramai mereka ingin tahu perjanjian itu tidak ‘lopsided’ yang hanya membiarkan peniaga korporat yang istimewa ini seolah-olah mengaut wang rakyat melalui TNB dan TNB disebaliknya meletakan tanggungjawab membayar balik segala wang yang diberikan kepada syarikat IPP itu kepada rakyat seperti kita ini.

Jika kita sibuk hendak membuka dan menghebahkan kegiatan seks seorang pemimpin pembangkang kenapa pula kita tidak boleh mendesak pihak yang berkuasa untuk membuka segala perjanjian di antara IPP dengan TNB itu untuk pengetahuan rakyat? Kenapa dalam kes ini Peter Chin memberi alasan yang perjanjian itu sebagai barang rahsia.

Pandangan Ketua Pemuda itu seharusnya mendapat perhatian kerana pandangan beliau itu adalah bersama pandangan rakyat yang beliau adalah salah seorang jemaah pimpinan yang sepatutnya menyebelahi rakyat dalam isu ini.

Saya cadangkan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum khas tentang isu YTL dengan TNB ini dan dipanggil kembali Tan Sri Ani Arope untuk menjadi panel kepada forum tersebut. Perkara ini harus dibongkar dan diselongkar. Kita mahukan kepastian tentang permainan pimpinan politik yang menggunakan perlaksana untuk kepentingan peribadi setengah pihak sahaja.

Kalau kita sibuk dengan usaha membongkar kegiatan seks pemimpin pembangkang kita juga mesti berusaha untuk membongkar segala cerita di sebalik isu YTL dan TNB ini. Saya telah banyak diberikan cerita-cerita yang menyakitkan hati dan telinga rakyat mendengarnya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Asalkan sahaja matlamat dan tujuan kita itu untuk menyebelahi kepentingan rakyat, ayuh kita lakukan pembongkaran-pembongkaran ini satu persatu.

Isu-isu ini tidak kurang hinanya.

13 comments:

Anonymous said...

Perjanjian berat sebelah IPP yang merugikan rakyat jelata memang sudah lama diketahui.

Persoalan yang lebih penting adalah mengapa ia dibenarkan dan siapa yang mengaut keuntungan.

Takkan lah YTL dan IPP yang lain sahaja yang untung. Mesti ada pemimpin-pemimpin yang dilicinkan tangan mereka.

Atau adakah IPP ini memberi sumbangan berterusan kepada dana parti-parti politik tertentu?

Atau mungkinkah ada pemegamg saham IPP ini merupakan proxy kepada pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik tertentu?

Jika benar maka susahlah nak diperbetulkan perjanjian IPP kerana sudah melibatkan fulus pemimpin-pemimpin serta parti-parti politik tertentu !!!

Anonymous said...

How do we explain this to the poor Malay kampung people that the BN under MM was utterly corrupt and sinful ? How do we tell them to stop voting for BN/UMNO leaders anymore? PAS, although with "less intelligent and sophisticated " leaders is one hundred times better for the people.

Anonymous said...

Sebelum ini bila kita bercakap benar ianya menjadi kesalahan besar dan dicopnya kita sebagai pengkhianat kerana membongkar cerita sebenar.

Bila kita tidak bercakap benar, pemimpin kita lupa diri bertindak ikut suka hati kerana mereka tahu kita akan sentiasa bercakap bohong bila ditanya tentang peruntukan, tentang ahli UMNO, pemimpin UMNO, parti UMNO dan pemimpin kerajaan BN.

Sekarang kita perlu berubah bukan diubah. Prinsip, peraturan dan undang-undang berbohong dalam parti UMNO mesti dihapuskan.

Yang benar mesti dijunjung sebagai kebenaran dan yang salah mesti dijatuhkan sebagai kesalahan.

Puluh tahun kita dihempit dengan peraturan songsang supaya menyokong dan melindungi pemimpin yang tidak bertanggongjawab terhadap amanah yang diberikan padanya.

Kali ini kita mesti berubah, tidak akan melindungi lagi pemimpin kita yang korup dan ada tuduhan jenayah keatas mereka.

Saya amat bersetuju tindakan saudara Aspan mengungkit kes IPP yang disifatkan lintah darat dalam kerajaan BN. Kesannya bukan saja terkena pada rakyat Malaysia tapi pada kita juga sebagai ahli UMNO.

Kenapa kita mesti mempertahankan secara bermati-matian terhadap seorang pemimpin kita yang mencuri duit komisyen berjuta ringgit sedangkan kita tidak melihat dan tidak berkongsi hasil curian nya itu ?

Untuk berubah, sikap memperhambakan diri pada pemimpin yang tidak bermoral seperti itu perlu diubah dulu. Mengapa kita sanggup jadi barua untuk menyelamatkan pemimpin itu.. dimana akal waras yang sebelum ini hebat berfikir ?

Pemimpin yang melakukan kesalahan maka orang itu mesti bertanggongjawab diatas perbuatan salahnya.

Kita memang tahu trend pemimpin kita apabila melakukan kesalahan, ianya tidak akan lakukan seorang diri tetapi akan diajaknya beberapa orang lain yang berpengaruh terlibat sama.

Cara ini adalah untuk melindungi diri kerana masing-masing akan mengeluarkan buah fikiran cara menyelamatkan diri.

Itu sebabnya pemimpin pembangkang yang melakukan kesalahan mudah saja dikesan kesalahannya. Tapi bila kena pada pemimpin kita, siasatan polis jadi slow, SPRM tidak jumpa bukti, saksi terbunuh dan akhirnya penguam negara kata tiada kes.

Kalau kita ingin menyelamatkan parti UMNO dan terus diterima oleh masyarakat dalam Malaysia, petuanya adalah bercakap benar.

Serta tidak melindungi pemimpin kita yang melakukan jenayah atau bersubahat melakukan jenayah.....

Pemimpin bukan manusia yang berjasa tapi bekerja. Ia datang dan dia pergi tapi parti tetap tidak berubah kecuali diharamkan oleh orang yang mengkehendakinya.

Kita perlu membuat pilihan... pemimpin atau parti ? Bila kita utamakan pemimpin maka jadilah sebagaimana yang berlaku dihadapan mata kita iaitu Datuk Seri Mohd. Najib jadi presiden parti UMNO.

Persoalannya, bila presiden kita dilihat tidak bersih apakah parti akan dipandang bersih ? Bila presiden masuk penjara apa akan jadi pada parti ?

Jika kita utamakan parti maka kita kena ubah semua peraturan dan undang-undang hutan yang diperkenalkan oleh pemimpin hipokrit.

Mat Guyver said...

Tuan Aspan,

Apa yg Tuan dedahkan di sini hanya sebesar kuman sahaja. Byk lagi penyelewengan BN/UMNO melibatkan MAS, AIR ASIA, PROTON, MISC, FI SEPANG, PKLZ, dan .........(fikir lah sendiri)

Bagi saya, UMNO ialah sebuah parti jahat dan PAS pula sebuah parti bo**h. Saya merancang utk berhijrah ke luar negara tidak lama lagi kerana melihat negara kita tiada pemimpin yg cukup berwibawa.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi hanya manusia bo**h sahaja yang mahu tinggal di negeri berhujan batu.

Bumi Tuhan sangat luas. Berjalanlah di atasnya supaya kita menjadi hamba yang bersyukur.

Anonymous said...

salam tuan aa,

persoalannya sekarang,
MACAMANA ORANG YANG KENA ROMPAK KENA MENGADU KEPADA PEROMPAK YANG DIA KENA ROMPAK ???

JADI SELAGI PEROMPAK/LANUN BERKUASA, SAMPAI KIAMAT LAH KENA ROMPAK !!!

Anonymous said...

'MACAMANA ORANG YANG KENA ROMPAK KENA MENGADU KEPADA PEROMPAK YANG DIA KENA ROMPAK ???'

I was once a CEO of a GLC. I had provided an official investigation report of my MD who is very close to former PM. The report was compiled by an independent investigation team. I was discharged even though the report contained documented proofs of abuse of power and corrupted practices.

Anonymous said...

Mat Guyver,

Saudara sungguh beruntung kerana dapat lari dari semua keadaan haru biru di negara ini dengan berhijrah.Saudara semestinya seorang professional yang senang mendapat kerja di luar negara.Bagaimana kami yang pelajarannya tak seberapa, mampu mengikut rentak sepeti saudara? Bersyukurlah, tapi jangan saudara hina kami yang terpaksa tinggal disini kerana apa yang mampu kami lakukan selain dari bangkit melawan rejim BN ini? Biarlah PAS Bo**h seperti kata saudara (tetapi mereka jauh dari rasuah dan kita perlukan orang yg bertakwa,istiqamah dalam perjuangan) biarlah kami yang b0**h ini terus tinggal disini dan melawan cara kami kerana percayalah saudara, apabila anak-anak saudara meningkat remaja, saudara juga sudah pencen ada ketikanya saudara akan merasa terdetik untuk pulang ke tanah air sendiri dan menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Malaysia dengan dikelilingi sanak saudara. Saat itu, insyallah, Malaysia akan menjadi satu negara seperti yang kita idam-idamkan dan itulah hasil perjuangan kami yang bo**h dari dalam.

Salam
bukan ahli PAS,UMNO atau PKR

Anonymous said...

Mat Guyver,

Janganlah sewenang-wenangnya memperbo**hkan orang lain. Nilai diri kita dulu...Sejauh mana kepandaian kita. Ada berkeping-keping kelayakan akademik tidak dipandang sedikit pun oleh ALLAH. Apa yang penting ISLAM, IMAN dan TAQWA...kalau kita sebagai orang Islam.

Adakah dengan melarikan diri ke luar negara anda akan dianggap hebat ? Sebenarnya itulah yang dinamakan PENGECUT yang cuba lari dari medan peperangan. Hukum Islam...bu**h je... Maaflah bahasa kasar.

Kembali kepada artikel yang diketengahkan...Telah saya tulis di posting-posting yang lepas, isu-isu RASUAH sememangnya dah menjadi amalan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk 'survival' politik mereka. Kalau nak harapkan duit parti atau duit poket pemimpin UMNO, maaflah.... Pergi semaklah sendiri akaun-akaun cawangan dan bahagian...kering kontang. Nak bina pejabat cawangan pun jauh sekali...mentang-mentang parti memerintah, dok ambil kesempatan untuk guna balai raya sebagai pejabat. Ini realiti...bila PR ambil alih di beberapa buah negeri dah mula GELABAH tak ketahuan.

Sepatutnya sdr bersama-sama dengan rakyat marhain yang lain untuk berjuang untuk menegakkan KEADILAN. Pandai cakap kat belakang buat apa...paling tidak mengundilah. Inilah peluang yang sebenarnya untuk kita menyatakan TRANSFORMASI.

Ini masalahnya apabila parti yang memerintah dapat memperbo**hkan rakyat dengan kelicikan lakunan mereka. Semua nampak 'ALIM dan BAIK. Bak kata pepatah 'ALIM KUCING.

Jangan kita nak mengharapkan orang lain untuk bereskan kekotoran yang sedia ada dalam kancah politik tanahair. Kita sepatutnya berganding bahu dan bertanggung jawab untuk sama-sama membetulkan semua kepincangan ini. 'BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH'.


MELAYU-JAWA

Anonymous said...

to remedy tnb should take over all the ipps....and other lop-sided contracts ....for the benefit of the raayat....the goverment must show its caring to the raayat not the cronies...

Anonymous said...

VC university pun tak tau apa itu IPP, bayangkan orang kampung. Jadi bagi mereka IPP ni tak memberi apa2 makna, bagaimana agaknya untuk memberi kefahaman kepada mereka, aduhai Malaysia Boleh. Kelentong boleh, tipu boleh semua boleh.

Anonymous said...

Anon 07:36

Saya setuju dengan saudara, orang yang dianggap bo**h lebih mulia kerana mempunyai perjuangan menentang kezaliman daripada orang cerdik yang lari dari masalah ..... dan akhirnya masalah yang lebih berat akan terus mengekori hingga ke liang lahat ......

Orang Miskin Mersing said...

Mat Guyver,
I choose to die fighting for my rights on my soil.
You can take everything with you, and don't ever come back.

Anonymous said...

Ayuh mari kita bangkit. Lawan tetap lawan. lawan masa mengundi ja lah! he he he ....