20 April 2011

Kalau kita gunakan identiti orang lain, sifat kita tidak sama dengan identiti yang asal.

UMNO yang baru ini sudah berusia 23 tahun 3 bulan. Sebagai sebuah badan siasah ianya masih muda lela. Tetapi jika di anolojikan sebagai sebatang tubuh ianya seperti tubuh orang tua, sakit di sini sakit di sana dan bermacam-macam penyakit yang di hadapinya. UMNO yang lama dahulu sempat juga hidup selama 42 tahun dan semasa matinya parti itu parti itu tidak ada penyakit banyak, hanya ianya mati di bunuh.

Kita boleh jadikan UMNO yang mati di bunuh itu sebagai tubuh manusia. Matinya UMNO itu di sengajakan dan ‘kad pengenalannya’ di ambil dan dipergunakan oleh orang lain dengan menggunakan ‘kad pengenalan’ orang yang sudah mati. Maka pemegang ‘kad pengenalan’ palsu itu memegangnya dan cuba untuk menyamar sebagai orang yang telah di bunuh yang bernama UMNO itu.

Tetapi hakikatnya orang itu bukan UMNO namanya, hanya dia menggunakan document yang palsu, maka kelakuan dan sifatnya tetap lain dan tidak akan serupa dengan pemegang asal document pengenalan diri itu. Pemegang kad pengenalan baru itu melakukan berbagai-bagai perkara yang salah dan tidak betul dan kepada sesiapa yang tidak tahu orang itu bukannya bernama sebagai yang tertulis dalam dokumen pengenalan diri itu bukannya yang asal maka nama kepada pemegang asal itu menjadi busuk.

Bak kata Dr Mahathir tidak beberapa lama dahulu, “UMNO is rotten up to the core”. Apa yang dikatakan oleh DR Mahathir itu benar, hanya beliau terlupa beliaulah yang mengambil kad pengenalan diri orang yang mati dibunuhnya itu untuk di gunakan oleh beliau untuk mendapatkan apa yang selalu di dapati oleh simati itu. DAN itu semua diwariskannya kepada kita sehingga hari ini. Beliau bukan sahaja mewariskan kad pengenalan itu kepada kita tetapi beliau mewariskan banyak elemen dan budaya yang buruk yang ada kepada pemegang kad pengenalan palsu itu.

Kalau kita memyamar sebagai orang lain kita tidak akan dapat bersifat seperti orang yang sebenarnya seratus peratus. Mesti tidak sama dalam banyak perkara. Rupa boleh di samakan tetapi elemen-elemen yang lain yang ada kepada orang yang asal itu tidak akan dapat ditiru dan disamakan dengan orang yang asal itu tadi.

Suaranya akan berlainan, cara berjalan akan berbeza dan cara makan akan berbeza kerana yang menyamar itu mungkin makan lebih lahap lagi dari yang tulin itu. Yang menyamar itu tidak akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh orang yang di samarkannya itu. Cubalah sekuat mana sekali pun dia tetap tidak akan dapat merasakan dan menghayati kebaikan dan masalah yang dialami oleh orang yang tulin itu.

Orang yang tulin itu orang baik tetapi yang menggunakan identitinya itu tentunya tidak baik. Kalau dia baik masakan dia menggunakan identity orang yang sudah mati untuk kepentingannya. Tidak menasabah yang menyamar itu orang baik.

Jadi menasabah kah UMNO itu akan sama seperti UMNO asal? Tidak menasabah. Kalau kita manusia yang baik kita akan berkata Adamlah nenek kita yang tertua dan itulah yang tulin dan asal. Jika kita sebenarnya ahli UMNO yang tulin kita akan mengaku yang Onn Jaafarlah Presiden kita yang pertama. Tetapi kepada ahli kepada UMNO yang menyamar ini mereka akan berkata Onn Jaafar jugalah Presidennya yang pertama tetapi bila disiasat rekodnya rupa-rupanya Presiden dan ahli yang peratama UMNO sekarang ini ialah Dr Mahathir mohammed.

Jadi bagaimana nak ‘reconcile’ situasi yang bercanggah ini? Boleh tolong beritahu saya macam mana hendak melakukan ‘reconciliation’ itu? Masalahnya saya bukan orang pandai untuk mencari ‘point of reconciliation’ itu.

Mungkin ramai yang pandai mencarinya. Kalau mereka tidak dapat cari mereka mungkin mampu menjawabnya dengan cara loyar buruk seperti biasa yang kita dengar.

Kalau loyar buruk mereka tidak laku mereka akan memaki hamun dengan mencarut dan membidas tanpa ulasan yang betul. Selalunya itulah yang saya dapat.

6 comments:

KLSE Venture said...

Memang terdapat banyak kebenaran didalam pandangan saudara. Bukankah saudara yang bersama Kumpulan 11 uga cuba menghidupkan 'UMNO' sebenarnya melalui nama yang lain, tetapi menemui kegagalan. Ini semuanya adalah permainan politik untuk mendapatkan kuasa. Namunpun begitu, saya rasa saudara lebih ikhlas dan rasional berbanding Dr. Mahathir. Tahniah diatas tulisan saudara.

Red Alfa said...

Salam Sdr Aspan

Dahulu pada 1987 saya ditanyakan siapa dan adakah saya kenali gerangan UMNO itu. Saya seperti kebanyakan ahli lama dan telah jadi baru telah mengatakan 'Ya' tanpa memereksa usul secara teliti seperti yang kini telah dibuat Saudara!

Siapa dulu telah awal-awal menyedarinya dan telah tiada rasa kesal seperti saya rasakan macam saudara kini? Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman!

Arwah UMNO Asal said...

UMNO Asal telah berkubur dalam lipatan sejarah. Kalau kematiannya itu sudah lama, maka tubuhnya juga telah lama compose tinggal rangka. Identitinya digunakan secara palsu.

UMNO asal ini lahir dari keturunan Melayu Johor dan UMNO Palsu pula lahir dari keturunan mamak Kerala dan pencacainya. Itulah sebabnya sekarang KIMMA yang beriya-iya nak membela UMNO baru sebab sama marga.

Dulupun, Melaka dijatuhkan dari keturunan mamak Kerala ni jenis mamak Mudaliar dengan bantuan si Kitul jenis Thamby. Sebabnya duit dan kemewahan.

Pastilah UMNO Baru ini bukan kesinambungan perjuangan Melayu.

Cara terbaik, orang Melayu harus sedar bahawa Parti yang sama baya dengan UMNO Asal adalah PAS dan DAP. Dua-dua parti ini masih relevan, dominan dan segar selepas UMNO Asal mati.

Kalau orang Melayu tidak mahu jadi si Kitul, semua mesti masuk Pas dan kembali kepada perjuangan Islam dan Melayu akan berjaya.

"Arwah UMNO Asal"

fin said...

Aspan,

Komenlah pasal kata-kata RPK yang tuduh orang Ku Li dgn orang Nuar pakat nak jatuhkan Najib dgn buat fitnah pasal Altantuya.

Boring la cerita Mahathir. Dia dah takde kuasa. Ketua Bahagian pun bukan. Lagipun dosa masing-masing tanggung sendiri. Mahathir tak boleh paksa orang ikut cakap dia lagi dah sekarang. Dulu boleh la.

Komenlah pasal Mahathir kata Ku Li guna duit masa pemilihan Presiden. Kenapa Ku Li sampai skrg tak saman Mahathir kalau betul Mahathir fitnah.

Kenapa orang Ku Li bersekongkol dgn orang Nuar nak jatuhkan Najib macam RPK dakwa. Nuar mmg ada cita2 nak jadi PM. Ku Li pulak masih ketua bahagian dan mmg orang tau dia nak jadi PM. Malah dia pernah tawar diri lawan Paklah dan Najib tanding presiden.

Boringlah cerita has been ni Aspan. Ceritalah mereka yang masih ada power dalam current politics macam Ku Li. Lagipun boring asik cerita benda sama. Wake up Aspan.

Ceritalah dengan adil. Tunggu komen bernas Aspan.

Aspan Alias said...

fin, T Kasih kerana mengeluarkan komen yang nyata. Sdr faham tentang baik buruknya tulisan saya pada pandangan sdr.

Tidak seperti setengah pengomenyang menggunakan bahasa yang seperti orang tidak berpelajaran.DAN apabial tidak puas hati cara mereka mengata seolah-olah memusuhi saya. Saya tidak pernah menggunakan pekataan jengkel seperti bingai dsbnya kerana orang yg menggunakan bahasa seperti itu di dalam tulisan yg di baca awam hanya memaparkan bagaimana dia dididik.

Memang fin, mungkin saya selalu menulis benda yang sama sahaja. Tetapi masalahnya kekusutan yang di hadapi ramai sekarang ialah kerana benda yang sama juga.

Benda yg sama yg saya tulis itu lah penyebab kita keliru.

Harap fin, faham.T Kasih.

Pakteh said...

AA,
Pakteh berfikir begini...
Sebelum 1987, UMNO berpresidenkan Mahathir Mohamad. Sebagai sebuah parti politik, sudah pasti UMNO mempunyai keahlian sehingga terjadinya tragedi 1987 disebabkan oleh kumpulan 11.

Persoalannya....menurut analogi AA, tuan tubuh yang asal sudah mati dan yang ada selepas itu hanyalah Kad pengenalannya...maksudnya identiti yang palsu.

Hemat pakteh pula bukan begitu. Selepas tragedi 1987, UMNO masih berpresidenkan Mahathir, Keahliannya masih dari kalangan individu yang sama di segenap caruk pelusuk negara. Jadi segala2nya masih sama CUMA kerana faktor teknikal undang-undang, NAMA UMNO itu perlu diperbarukan...
Jiwanya masih sama, semangatnya masih sama dan segala2nya tidak berubah kecuali beberapa kerat yang bertindak menzahirkan S46 yang akhirnya kembali mengakui dan menerima UMNO yang dulu kini dan selamanya.

Dan pakteh sendiri mencurigai agenda sebenar tragedi 1987 bilamana Tun Salleh Abbas menzahirkan kecenderungan politiknya selepas peristiwa tersebut dan juga selepas KULI tewas ditangan Mahathir

Samada Kuli, Tun Salleh Abbas atau Mahathir yang berpaksikan kebobrokan nafsu politik...fikir-fikirkan selepas RPK membuat pendedahan isu altantuya (walaupun RPK diragui cakap-cakapnya).