28 January 2011

Boleh kah UMNO memimpin lagi?

UMNO sudah tiada kepimpinan dan yang lebih malang kita tidak ada pengganti jika piminan pada hari ini berhenti atau pun dibesarakan oleh ahli-ahli parti atau pun oleh rakyat dalam pilihanraya. Yang lebih ditakuti lagi jika UMNO kalah didalam pilihanraya siapa pula yang akan mengambil alih kepimpinannya untuk meneruskan kehadziran parti itu dalam politik tanah air sebagai parti pembangkang.

Kalau diteliti dari sikap dan perangai pemimpin-pemimpin berbagai peringkat dalam UMNO, parti ini akan terkubur terus jika ianya menjadi pembangkang didalam semua Dewan-Dewan Legisltive dinegara ini. Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita tidak mengendahkan isu etika dan isu-isu yang bersabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pemimpin-pemimpin besar kita sudah biasa dengan melakukan kesalahan tanpa diambil sebarang tindakkan. Rasuah tidak mudah untuk dibuktikan dengan adanya OSA (Official secret Act) dan berbagai-bagai lagi akta yang melindungi kerja aib mereka. Rakyat sedar segala-galanya ini. Itulah sebabnya rakyat sekarang bertindak untuk menolak barisan kepimpinan ini kerana mereka tidak mahu berubah dan menyedari betapa buruknya perbuatan ramai diantara mereka.

Berbagai cara dan petunjuk telah diberikan kepada mereka yang memimpin ini supaya menjadi pemimpin yang baik. Hanya mereka tidak mahu berubah dan meninggalkan sikap dan budaya buruk yang sudah menjolok mata rakyat itu. Didalam mana-mana pertubuhan sekali pun perubah pasti berlaku. Sedangkan agama mengatakan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Yang penting kita tidak lari dari asas matlamat dan tata cara perlaksanaan tujuan dan matlamatnya.

Islam telah banyak membawa kejayaan didalam peperangan untuk menegakkan agama dengan bersenjatakan tombak dan pedang. Tetapi Islam dini hari tidak boleh lagi menggunakan tombak dan pedang untuk berlawan dalam zaman moden yang berteknoloji tinggi ini.

Begitu jugalah pertubuhan politik seperti UMNO. Kalau dulu UMNO memenangi pilihanraya dengan mengungkit-ngungkit jasa kerajaan yang dipimpinnya dengan menggunakan isu air dn api serta jalanraya yang besar-besar, itu merupakan senjata yang sudah usang. Dinegeri Cina tidak ada UMNO tetapi jalanrayanya lebih besar dan hebat dari kita. Rakyat boleh menjawab yang wang serta dana yang digunakan oleh UMNO untuk membina jalanraya itu adalah wang rakyat yang menjadi ahli kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang. Wang itu bukannya wang BN.

Dr Mahathir misalnya tidak boleh menggunakan isu membangunkan Putrajaya dan KLCC sebagai senjata untuk meminta sokongan rakyat kerana wang yang digunakan untuk membangunkan itu semua adalah dari PETRONAS kepunyaan mereka. Malahan Dr Mahathir dibayar gaji yang lumayan untuk diamanahkan membangunkan pembangunan seperti itu.

Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising apabila mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang wang untuk membangunkan negara itu ada ketirisan besar melalui rasuah dan guna kuasa yang salah. Mereka mahukan pemimpin yang dipilih mereka itu menerima ‘accountability’nya jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan.

Jadi dalam sebuah negara yang demokratik rakyat akan menukar pimpinan dan parti yang memerintah jika pemerintahan yang ada pada hari ini tidak mahu berubah atau tidak tahu untuk berubah. Pimpinan UMNO memang sudah sinonim dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan memang itu pun budaya yang sudah menjadi imej yang sebati.

Jika kepimpinan masih inginkan UMNO itu untuk terus memerintah maka pimpinan mesti pandai dan mahu berkorban untuk memulihkan imej buruk itu. Oleh kerana imej itu berkait rapat dengan manusia yang memimpinnya maka adalah menjadi tanggung jawab ahli-ahli dan pimpinan untuk mencari batang tubuh yang mampu untuk melakukan perubahan itu dan sekali gus membawa imej yang baru dan bersih untuk parti ini terus dianggap releven untuk masa kini.

Sekarang ini pimpinan kita masih lagi menggunakan resipi lama dan kaedah yang usang; berucap berapi-api dengan menggunakan ‘jargon-jargon’ yang ‘bombastic’ sebagai ‘cosmetic’ kepada uacapan-ucapannya semata-mata yang akhirnya dia sendiri tidak faham dan gagal melaksanakannya.

Kalaulah benar pimpinan sekarang ini adalah kepimpinan yang baik kenapa rakyat ramai dimana-mana bercakap dan meluahkan rasa kekecewaan mereka? Nak salahkan pembangkang lagi?

Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Badawi. Yang orang ramai hairan kenapa Dr Mahathir tidak pula bercakap tentang kelemahan yang nyata ini.

Kita medengar bermacam-macam ‘theory’ sebab kenapa Dr Mahathir tidak ‘meroyan’ dengan kepimpinan hari ini. Tapi tak apalah, kita ketepikan isu ini dahulu. Nanti sampai ketikanya kita boleh kupas isu ini dengan teliti.

Tetapi ramai juga yang tahu sebabnya. Kalau nak ulas isu sekarang pun, ianya ibarat menyuluh ditempat yang terang. ATAU sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

11 comments:

Unknown said...

Ku Li lebih okey.

muhyiddin, Hishamuddin, Nazri aziz, ahmad maslan, awang adik. tak boleh harap

Rosmah mansor pun okeh kot hehe.

Anonymous said...

Ada baiknya kalau UMNO (Baru) kecundang dalam PRU 13 supaya pembersihan dapat dilakukan dan pemimpin yang baik akan dapat bangun mengganti semua yang ada. Cuma dengan cara ini sahaja imej UMNO dapat dipulihkan. Terlalu banyak dosa yang mereka lakukan kepada rakyat dan lebih banyak lagi akan dilakukan sekiranya mereka terus memimpin UMNO.
Bekas Ahli UMNO

Pewaris said...

Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Jangan difikir pengantinya.

Anonymous said...

Dear Mr Alias,

I would say Tengku Razaleigh is the only living soul among the Malays leaders who has the aptitude and right attitude as the rightful man to lead. He has the trust of every race in the country. Why is he keeping too quiet?

danial and Aziz

Unknown said...

aku ingat aa... aspan boleh kempen utk lim ks jadi pm aku skong....kah...kah...kah

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,Sebenar tidak harus mengharap lagi dari umno,,, hanya tunggu untuk melihat umno akan di tumbanmg oleh suara rakyat kali ini ??? Rakyat akan mengunakan kuasa keramat untuk menumbang umno dan bn kali ini ??? Segala ubat yg mereka janji tidak mendapat keyakinan rakyat sekian hari semakin pudar, semakin lama umno berkuasa, semakin pudarlah keyakinan rakyat??? Rakyat telah tahu segala mainan umno, untuk mengekalkan sedekit kuasa yg ada ??? Semakin mereka mengunakan kuasa yg sedikit ini, semakin pudarlah keyakinan rakyat,,, telah terlalu banyak perkara yg mengusik jiwa rakyat yg di lakukan umno, hingga rakyat menjadi hilang rasa cinta dan sayang kepada umno khasnya??? Biarlah umno yg telah kita beri dokongan selama ini , kecundang menyembah bumi,,,biar pemimpin yg ada sangat sombong ketika ini,,, berlari berteparan dari rakyat,,,setelah rakyat memberi tamparan yg hebat kali ini....Umno tidak akan mati selepas di tamparan rakyat,,,, namun dalam masih ada ahli yg masih berjiwa morni tampil mengambil aleh umno ???? Umno akan menjadi parti yg masih releven sekira perjuangan yg berpaksa kepada kemahuan rakyat malaysia....Pemimpin yg kurap dan penipu selama ini harus di ambil tindakan yg setimpal dgn undang2 yg kita ada ???? INi AKAN memberi pengajaran yg cukup bagus untuk masa depan yg lebih baik untuk malaysia....?tq

Anonymous said...

Jasmine revolution is getting nearer by the day...

Anonymous said...

aspan kata

"Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Badawi.".. yeke Aspan atau hanya Aspan sorang yang berfikiran begitu.

Tak mungkin Abdullah Badawi Islam Hadari tu kau kata lebih baik dari Najib.Kau buto ko Aspan!

Aspan Alias said...

Anon 23:32,

Masa akan menentukannya. Salam

Anonymous said...

anon 23.32 kata:

"Tak mungkin Abdullah Badawi Islam Hadari tu kau kata lebih baik dari Najib.Kau buto ko Aspan! "
===================

Satu statement yang menarik dari Anon 23.32 walaupun caranya tidak menarik.

Kita minta beliau memberi hujah yang jelas mengenai statementnya agar kita juga boleh sama-sama menyokong Najib.

wak jerman

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini.


Banyak negara yang kaya didunia ni.Tetapi berapa banyak yang aman dan kebajikan rakyat dijaga. Tengok sajalah negara-negara Arab dan Afrika.Kita bersyukur kerana kita mampu menjadi negara yang mempunyai pencapaian yang membanggakan.Apa guna kaya kalau tak pandai mengurus untuk pembangunan negara?