14 April 2008

Walhasil balik asal

Wow, Muhyiddin nampak garang sejak dua hari yang lepas. Beliau meminta perubahan dibuat dengan segera dalam kepimpinan negara.

UMNO Johor pula meminta Pak Lah untuk menyediakan pelan pengalihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib.

Rupa-rupanya, seorang pemimpin yang ditolak mesti digantikan dengan seorang lagi pemimpin yang ditolak rakyat.

Pada mereka hanya Pak Lah yang patut berundur, yang lain tetap berada di tempat mereka.

Mereka kononnya terlepas daripada tanggungjawab ini. Pak Lah hanya mereka sokong semasa Pak Lah kuat.

Sekarang mereka hendak buang Pak Lah. Habis madu sepah dibuang, kata pepatah orang melayu.

Sepatutnya mereka turun bersama-sama dengan Pak Lah.

Mereka tidak mahu memikul tanggungjawab ini sedangkan mereka juga bersama membuat kesalahan-kesalahan yang dibenci rakyat.

Pemimpin-pemimpin ini bercakap tanpa berfikir dengan matang, baik Muhyiddin mahupun sesiapa di kalangan pemimpin atasan.

Kesemua mereka mengakui bahawa mereka menerima tanggungjawab atas penolakan rakyat kepada BN baru-baru ini dan akar umbi perlu diberi perhatian.

Segala cakap-cakap ini merupakan cakap tak serupa bikin.

Antara pemimpin-pemimpin tertinggi dan negeri nampaknya ‘bermain politik’ yang keterlaluan.

Mereka ini seolah-olah sedang bermain ‘play station’ untuk mencari kepentingan diri dan memenuhi pemikiran mereka untuk mencari jalan mengatasi satu sama lain.

Muhyiddin sendiri tidak bertanya kepada akar umbi sedangkan beliaulah yang sibuk meminta UMNO turun padang ke akar umbi.

Muhyiddin sendiri tidak mahu mengadakan EGM di Pagoh.

Muhyiddin, Najib dan Muhammad Taib hanya berjumpa ketua-ketua bahagian sahaja yang rata-rata mempunyai agenda politik masing-masing.

Selepas berjumpa buat kenyataan memberi sokongan kepada pucuk pimpinan yang ditolak rakyat.

Dimana dia pandangan akar umbi?

Mereka hanya berunding sesama mereka dan janji untuk turun ke akar umbi hanya tinggal janji.

Kita hairan kenapa mereka ini tidak melihat bahawasanya penolakan rakyat baru-baru ini merupakan penolakan total kepada mereka yang memimpin.

Kenapa mereka takut untuk mengadakan EGM sedangkan itu sahaja satu-satu kaedah untuk melibatkan akar umbi untuk bersuara dalam politik kita.

Pemimpin-pemimpin atasan masih bermain catur dan segala keputusan bergantung kepada kehendak peribadi.

Kepada rakan-rakan di cawangan, marilah kita perhatikan gelagat pemimpin-pemimpin kita. Siapa yang banyak bersilat, silat apa yang mereka gunakan dan mari kita buat keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember ini.

Yang jelas kepada kita setakat ini tidak seorang pun pemimpin-pemimpin tertinggi yang mengotakan janji untuk melibatkan akar umbi apabila membuat satu-satu keputusan dalam keadaan genting sebegini.

Mereka tetap dengan sifat lama iaitu, bohong, bohong, temberang dan masih lagi temberang macam penjual minyak urut di tepi jalan.

Nampaknya usaha bersemangat ahli UMNO untuk memperkuatkan parti di bawah ini dipatahkan oleh pemimpin-pemimpin besar kita sendiri.

Kita di cawangan-cawangan ini hanya dijadikan sebagai dahan bongkok untuk kera-kera dan monyet-monyet meniti.

Dari sekarang marilah kita menyanyikan lagu yang sangat popular suatu ketika dahulu, yang bertajuk ‘walhasil balik asal’.


Sekian…………………………………………………………………… Aspan Alias

2 comments:

Anonymous said...

handal kau pan. lawan pan jgn tak lawan.pilah mcm no nak buek ni pan.bori lah pandangan sikit.

shahbandarmalakat said...

setuju 100%.Mereka semua monyet monyet yang bergayut kena turun..

Ini semua kerja najib juga.baling batu sembunyi tangan.


EGM masti di adakan.